Pada 8 Ogos 2017 (Selasa), Penjara Puncak Borneo telah menerima lawatan daripada SUHAKAM Kuching yang diketuai oleh YBhg. Datuk Lok Yim Pheng dan (9) orang yang terdiri daripada Pesuruhjaya dan 8 orang pegawai Suruhanjaya ke Sekolah Henry Gurney. Ketibaan delegasi telah disambut oleh PP Nazri bin Mohamad, Timbalan Pengarah Penjara Puncak Borneo. Lawatan yang diadakan ini merupakan rutin bagi meninjau segala kemudahan dan fasiliti yang disediakan kepada sekolah / institusi seperti yang diperuntukkan.
""