Pada 07 Ogos 2017 (Isnin) Penjara Taiping telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos 2017, Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Pelupusan Artikel Larangan Peringkat Institusi. Majlis perhimpunan bermula pada jam 7.00 pagi dan perbarisan kakitangan diketuai oleh PPP Yaman Bin Yaacob. Majlis Dimulakan dengan pemakaian pangkat Koperal TBBK kepada seramai 5 anggota, Pekerja Cemerlang Bulanan dan pemakaian Pingat Perkhidmatan Am seramai 21 anggota yang disempurnakan oleh PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping. Majlis diteruskan lagi dengan perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang serta penyerahan bendera Jalur Gemilang daripada PKK Charin Promwichit kepada Timbalan Pengarah serta Ketua-ketua kediaman kakitangan dan seterusnya menyanyikan lagu Jalur Gemilang. Majlis di akhiri dengan gimik pelupusan artikel larangan.
""