Pada 16 Ogos 2017 (Rabu) telah diadakan Program Remaja Berwawasan yang melibatkan 22 pelajar dari SMK Malim, Melaka. Program ini merupakan satu inisiatif dalam program NBOS yang melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tujuan pelaksanaan program ini adalah bagi membendung masalah jenayah di peringkat sekolah dan meningkatkan tahap disiplin serta meningkatkan sahsiah di kalangan pelajar sekolah disamping memberi gambaran yang jelas terhadap kesan dan akibat sekiranya pelajar terlibat dengan kesalahan di bawah umur. Program disertai 2 guru pengiring, 7 orang jurulatih dari 73 Batalion Kor Ordnans Diraja Kem Terendak, Melaka, yang diketuai oleh LT Nik Ahmad Qusyairi Bin Nik Abd Rahim. Turut bersama menjayakan program PP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka, En. Salleh Bin Mohd Nor Pegawai Psikologi dan IP Khirul Anuar Bin Abu Kassim.
""