12 Ogos 2017 ? Penjara Sandakan telah menganjurkan Sandakan Prison Merdeka Run 2017 sempena hari kemerdekaan Malaysia kali ke-60 tahun. Bermula dari Penjara Sandakan, para peserta melalui laluan sepanjang 7 kilometer di sekitar mukim Sibuga dan Bandar Utama batu 6 Sandakan. Seramai 21 orang pegawai kanan, 51 orang pegawai lain-lain pangkat dan 15 orang anggota PERSIAP telah menyertai program ini. Turut mengambil bahagian dalam acara ini PKP Zulkifli Abdul Manah, Pengarah Penjara Sandakan dan juga PP Abd Rauf bin Lang Pasih, Timbalan Pengarah Penjara Sandakan. Pelepasan peserta dilakukan oleh Yang Dihormati PKP Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Sandakan. Objektif program adalah untuk meraikan Hari Kemerdekaan disamping menggalakan gaya hidup sihat dan mengeratkan silaturrahim di antara kakitangan dan pihak pengurusan. Antara kategori dipertandingkan adalah acara Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita , Terbuka Master dan Terbuka Pegawai Kanan.
""