Pada 24 Ogos 2017(Khamis) telah berlangsung Program Promosi Pergigian Anjuran bersama Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dan Unit Pergigian, Klinik Kesihatan Bukit Panchor, Pulau Pinang Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan bertempat di Dewan Sri Mutiara, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Program turut dihadiri oleh Dr. Umairah Haneem binti Md. Hashim, Pegawai Pergigian Daerah Seberang Perai Selatan bersama PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang, PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, PP Shirley a/k Jungot, Pegawai Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pulau Pinang, ahli-ahli PERSIAP Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan dan JKKK Persekutuan Sungai Duri. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam program tersebut antaranya Pemeriksaan Gigi Secara Percuma, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika Kemas, Program Interaktif Pergigian Bersama Tetamu, penyampaian Sijil Penghargaan Ikon Gigi, penyampaian hadiah bagi Anugerah Gigi Menawan 2017, dan lawatan VIP ke Booth Pameran. KPL 17443 Johari bin Hussin telah dilantik sebagai Ikon Gigi bagi Daerah Seberang Perai Selatan.
""