| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Promosi Pergigian Anjuran Bersama Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Dan Unit Pergigian, Klinik Kesihatan Bukit Panchor, Pulau Pinang Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan Bersama Penghuni Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

Pada 23 Ogos 2017(Rabu) telah diadakan Program Promosi Pergigian Anjuran Bersama Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dan Unit Pergigian, Klinik Kesihatan Bukit Panchor, Pulau Pinang Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan bersama penghuni Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang bertempat di Dewan Sukan Penghuni Lelaki dan Perkarangan Unit Program Pembangunan Insan Wanita. Seramai (450) orang penghuni lelaki dan (50) penghuni wanita telah mengikuti program yang telah dianjurkan bagi memberi latihan dan ceramah tentang penjagaan gigi kepada penghuni. PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang  bersama PP Hj. Abd Zaini bin Ibrahim dan TPP Dahlan bin Hashim telah hadir meninjau perjalanan program yang dilangsungkan. Program telah berlangsung dengan jayanya.


""