Pada 18 Ogos 2017 (Jumaat) jam 10.00 pagi, seramai (35) orang kakitangan Pengkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang telah mengadakan Lawatan Insaniah dan Kesedaran Sempena bulan kemerdekaan di Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk menambah pengetahuan tentang pengurusan dan pentadbiran penjara. Ahli rombongan telah diberikan taklimat oleh IP Mohd Shafni bin Shaibun dan KPL 16440 Yusriwan bin Yusof serta dibawa melawat ke Galeri Produk Penjara. Lawatan tamat sekitar jam 12.00 tengahari.
""