24 Ogos 2017 - Latihan Bersepadu Kontingen Ketenteraman Awam Sempena Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-60 telah diadakan dengan jayanya di Maktab Penjara Malaysia dengan mengumpulkan seramai 1655 Anggota dari 10 Agensi di bawah Sektor Ketenteraman Awam antaranya ialah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan, Persatuan Pegawai Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia? Smart Team dan Nadma, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan yang terakhir Jabatan Penjara Malaysia. Sesi latihan diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato' Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri.
""