| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Gotong Royong Perdana Bersama Komuniti Masjid Simpang Lima Parit Buntar ,Perak

Pada 24.8.2017 seramai (3) orang pegawai Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Larut Matang dan Selama, Perak diketuai SJN 9849 Muhammad Fairos Bin A.Aziz, KPL 10334 Mohd Hafizi Bin Puteh dan KPL 11017 Mohd Ridzuan Bin Mohd Jali telah membawa seramai (7) Orang Di Parol (ODP) dan (1) Pesalah PKW ke Program Gotong Royong Perdana di Masjid Jamek Simpang Lima, Parit Buntar, Perak bermula dari jam 08.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Program Gotong Royong Perdana ini dianjurkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Simpang Lima, Parit Buntar, Perak dengan kerjasama dari Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Larut Matang dan Selama, Perak. Tujuan program gotong royong ini diadakan adalah sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, Ibadah Korban dan mengeratkan hubungan dengan agensi kerajaan. Penglibatan seramai (7) ODP dan (1) Pesalah PKW sebagai satu bentuk medium dalam penerimaan masyarakat terhadap pesalah-pesalah yang pernah menjalani hukuman di penjara agar mereka tidak berasa tersisih. Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Simpang Lima, Parit Buntar, Perak juga berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang.


""