Pada 16 Ogos 2017 (Rabu) yang lepas Penjara Pusat Miri telah mengadakan Sambutan Penutupan Sukan dan Ambang Merdeka Peringkat Penghuni Tahun 2017. Program bermula pada pukul 9.00 pagi dengan persembahan formasi dan asas kawad kaki penghuni Penjara Penjara Pusat Miri yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Pusat Miri, Penguasa Penjara Muhammad Khalid Bin Muhammad. Program tersebut disusuli dengan persembahan nyanyian Lagu Negaraku, lagu Patriotik dan juga deklamasi sajak oleh penghuni. Selain itu, program diteruskan dengan pertandingan bina badan, karaoke dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.
""