14 Ogos 2017 - Perhimpunan Bulanan Kompleks Penjara Kajang bagi bulan Ogos 2017 telah diadakan dengan jayanya di Dewan Teratai Maktab Penjara Malaysia. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg KJP Dato' Sri hj Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia. Antara acara yang diadakan adalah upacara Ucapan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Pemakaian Pangkat dan Pelancaran Pengibaran jalur Gemilang. Di akhir ucapan Ketua Pengarah berharap agar semua warga kerja Jabatan Penjara Malaysia dapat memastikan hubungan kerjasama dan komitmen dalam melaksanakan setiap tanggung jawab untuk kepentingan jabatan dapat dikekalkan dan terus dipertingkatkan. Di akhir majlis telah diadakan nyanyian beramai-ramai lagu jalur Gemilang dan Tanggal 31.
""