Pada 29 Ogos 2017 (Selasa), sejarah baharu tercipta di Pusat Koreksional Puncak Alam dengan termeterai Majlis Serah Terima Tugas Pengarah PKPA. Penyerahan tugas antara PKP Zulia Binti Khamis yang berpindah sebagai Pengarah Penjara Wanita Kajang kepada PP Anbalagan a/l Subramaniam telah disaksikan oleh Pengarah Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, TKP Hj. Darussalam bin Budin. Diharap perubahan yang berlaku dapat menaikkan lagi kualiti perkhidmatan sejajar dengan kehendak dan inspirasi Jabatan Penjara Malaysia.
""