24 Ogos 2017 (Khamis) : Bagi memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dikalangan kakitangan, Penjara Dusun Dato? Murad telah mengadakan dengan jayanya Program Semarak Kemerdekaan 2017 Peringkat Institusi bertempat di Dewan Kelab Sukan & Kebajikan. Program tersebut telah disempurnakan oleh TKP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan turut dihadiri oleh PKP Zamzuri Bin Ghani, Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad. Antara pengisian program ialah Ceramah Motivasi Kenegaraan dan Latihan Dalam Kumpulan Berkonsepkan Cintakan Negaraku Malaysia. Pada sebelah malam pula telah diadakan solat Maghrib berjemaah, solat sunat hajat dan bacaan Yassin memohon kesejahteraan untuk negara kita Malaysia.
""