Pada 21 Ogos 2017 (Isnin), Penyerahan Cek Derma Khairat Kebajikan, Jabatan Penjara Malaysia kepada isteri mendiang Liap anak Bapa (pesara) iaitu Puan Tunku anak Ukong telah diadakan jam 8.30 pagi di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Penyerahan cek telah disempurnakan oleh TPK Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Encik Liut anak Bal, wakil EXPOAM, KIP Dayang Saadiah binti Abang Mohd Ariff dan keluarga mendiang.
""