Kempen Derma Darah Peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Muar Bersama Unit Perubatan Transfusi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar telah diadakan pada 29/08/2017, jam 09.30 pagi. Penderma merupakan insan yang istimewa dan sumbangan yang telah diberikan tidak ternilai harganya. Untuk menderma darah seseorang didorong oleh banyak faktor termasuk kesedaran diri sendiri untuk berbakti, ingin membantu pesakit yang mungkin terdiri daripada saudara mara dan juga kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Program telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dikalangan kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor.
""