| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Audit Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (Eksa) Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak

Pada 21 Ogos 2017 (Isnin), Audit Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Auditan telah dilaksanakan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan, Pengurusan Malaysia (MAMPU) Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, Kuching yang diketuai oleh Puan Cornelia Wong Chui, Puan Rozieyana binti Rais, Puan Norhaizum binti Sahril dan Encik Rahmad bin Dahan.

Sesi pembukaan audit telah dirasmikan dengan ucapan aluan oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan juga taklimat ringkas daripada pihak MAMPU. Jadual auditan diteruskan dengan lawatan penilaian seluruh ruang pejabat yang melibatkan PULAPEN Wilayah Sarawak, kawasan Unit K9 dan Unit TTC serta sekeliling bangunan pejabat. Manakala semakan dokumen/fail/rekod juga telah dilakukan dalam masa yang sama. Sesi penutup audit telah dibuat pada jam 3.00 petang bertempat di bilik Mesyuarat Kenyalang.


""