Pada 30 Mac 2017 (Khamis), bertempat di Padang Kawad Damai, Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan perlawanan akhir bola tampar peringkat penghuni yang melibatkan penyertaan 250 banduan mewakili 20 pasukan zon penempatan masingmasing. Pertandingan ini bermula sepanjang bulan Mac yang dikendalikan oleh Unit PPI dan keputusan pertandingan adalah Johan - Zon Cemerlang, Naib Johan - Zon Damai, Ketiga - Zon Bakti dan Keempat ? Zon Ehsan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran PKK Rosman Bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.
""