| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Derma Darah Dan Pemeriksaan Kesihatan Anjuran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka Di Pusat Koreksional Jasin 2017

Pada 30 Mac 2017 (Khamis), Pusat Koreksional Jasin telah menjayakan sebuah Program Derma Darah dan pemeriksaan Kesihatan  anjuran Pejabat Pengarah Penjara Negeri  Melaka.  Program ini merupakan satu inisiatif khidmat masyarakat Jabatan Penjara Malaysia dan berkolaborasi bersama-sama Tabung Darah Negeri  Melaka dan Mahkota Melaka Medical Centre. (MMMC). Berlangsung dengan jayanya, program ini mendapat sambutan lebih dari sasaran melalui penglibatan kakitangan Pusat Koreksional Jasin dan para pelatih dari Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin.
Objektif anjuran aktiviti ini adalah bagi memupuk kesedaran dalam kalangan anggota kakitangan dalam kepentingan menderma darah. Selain itu, program ini juga dapat membantu pesakit yang memerlukan transfusi darah dalam situasi perubatan yang tertentu. Melaui program ini juga, para peserta dapat memantau tahap kesihatan dan memperoleh pengetahuan  ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Program ini telah bermula pada jam 0830 pagi dengan ketibaan para pelatih Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin, kakitangan Pusat Koreksional Jasin, petugas dari Tabung Darah Melaka dan MMMC. Program dimulakan dengan ucapan aluan diberikan oleh Dr Mohd Mahdzan bin Mazelan selaku Pegawai Perubatan Pusat Koreksional  Jasin seterusnya sesi bual bicara Kepentingan Menderma Darah diberikan oleh pegawai perubatan dari tabung Darah Negeri Melaka.

Program ini seterusnya diteruskan dengan pemeriksaan dan konsultasi kesihatan oleh para petugas MMMC dan para peserta mendaftar untuk menderma darah. Jumlah penderma darah melebihi sasaran awal Tabung Darah Negeri Melaka dengan perolehan sebanyak  70 bag darah keseluruhannya.


""