Pada 28 Mac 2017 (Selasa) jam 9.30 pagi, Penjara Kajang telah menerima lawatan daripada Urusetia Majlis Sosial, Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Lawatan tersebut telah disambut oleh YBhg Dato? Narander Singh, Pengarah Penjara Kajang dan disertai oleh TKP Anathurai a/l Kalimuthu, Timbalan Pengarah, Keselamatan dan Inteligen, serta Pegawai Kanan Penjara Kajang. Dalam lawatan tersebut, rombongan lawatan telah melawat ke Pejabat Rekod, Sekolah Integriti Kajang, Klinik Kesihatan Penjara, Blok Penempatan Banduan dan ke Dapur Penjara Kajang. Lawatan diakhiri dengan penyerahan sumbangan daripada YBhg Datuk Nor Rizan bin Mohd Thani, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) kepada Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang.
""