| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Menuju PuncakPeringkat Kakitangan Dan Penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka Tahun 2017

Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Jasin, Melakatelah mengadakan Program Menuju Puncak Peringkat Kakitangan dan Penghuni pada 28 Mac 2017 (Selasa)bertempat di Blok Damai, Pusat Koreksional Jasin. Program ini diketuai Oleh En. Muhammad Shaharuddin Bin Nuji dan buat julung kalinya program ini telah diadakan dengan kerjasama Politeknik Merlimau.
    Seramai 130 orang penghuni terdiri dari pelbagai kaum telah dipilih untuk menyertai program ini. Program Menuju Puncak merupakan program yang berkonsepkan kesedaran mengenai minat kerjaya individu. Diantara pengisian program adalah ceramah kesedaran minat kerjaya dalam kalangan remaja  oleh penceramah jemputan iaitu En. Mohamad Hasbullah Bin Mustafa, yang merupakan Pegawai Psikologi dari Politeknik Merlimau.

Turut hadir bersama bagi merasmikan program tersebut adalah PKP Arzaee Bin Abdullah, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP. Mohd Rothman Bin Bujang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Muhamamd Saifullah Bin MD. Akhir, Ketua Bahagian Keselamatan Pusat Koreksional Jasin dan TPP Aswari Bin Che Ibrahim, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Pusat Koreksional Jasin.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberikan penerangan, pendedahan serta pengetahuan kepada penghuni mengenai kesedaran kerjaya dalam kalangan remaja dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh bagi mengelakkan diri dari melakukan kesalahan jenayah yang berulang. Program ini juga memainkan peranan yang besar dalam memastikan penghuni - penghuni yang bakal memulakan kehidupan baru mereka di dunia sebenar mempunyai perancangan kerjaya dan tidak akan terjebak kembali dengan kehidupan lama mereka.


""