Pada 28 Mac 2017 (Selasa) jam 2.30 petang, Kunjungan Hormat ke atas YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak telah diadakan bertempat di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Wisma Bapa Malaysia. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Yang Berbahagia Komisioner Penjara Jamaludin bin Saad, Pengarah Keselamatan dan Inteligen, Ibu Pejabat Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir Timbalan Komisioner Penjara Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Penolong Kanan Komisioner Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Ketua Institusi Penjara Sarawak dan Penguasa Penjara Bolkiah bin Srah. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk menyampaikan keadaan situasi keselamatan penjara di Negeri Sarawak.
""