Pada 5 April 2017 (Rabu) jam 8.00 pagi, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016, Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Lembaga Hakim Pelawat Jabatan Penjara Malaysia Zon Tengah telah berlangsung bertempat di Dewan Kelab, Penjara Kajang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato Masir Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri II. Turut dihadiri oleh YBhg Dato? Sri Haji Zulkifli bin Haji Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah-Pengarah Negeri dan Institusi Zon Tengah.
Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat kepada YBhg Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan ke Gred Utama B selaku Timbalan Komisioner Jeneral Penjara ( Keselamatan & Koreksional ) dan YBhg Dato? Abdul Aziz bin Abdul Razak ke Gred Utama C selaku Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan
Seramai 13 ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Selangor dan 16 ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Sembilan telah menerima Watikah Perlantikan yang disampaikan oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri II. Berikut jumlah penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 bagi Zon Tengah:
BIL | INSTITUSI | JUMLAH |
1 | Ibu Pejabat Penjara Malaysia | 35 |
2 | Pejabat Pengarah Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 6 |
3 | Pejabat Pengarah Negeri Sembilan | 11 |
4 | Penjara Kajang | 79 |
5 | Penjara Sg Buloh | 54 |
6 | Maktab Penjara Malaysia | 5 |
7 | Penjara Wanita Kajang | 29 |
8 | IPD Jelebu | 18 |
9 | Pusat Koreksional Puncak Alam | 4 |
10 | Penjara Seremban | 22 |