Mesyuarat Ketua-ketua Institusi (MKKI) Bil. 1 Tahun 2017 telah diadakan dari 22 sehingga 25 Mac 2017 bertempat di INTAN Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang, Johor. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 89 orang pegawai yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Jabatan, Pengarah Bahagian, Timbalan Pengarah Bahagian, Pengarah Penjara Negeri, Ketua Institusi dan wakil Kementerian Dalam Negeri. Acara yang berlangsung selama 4 hari ini adalah berteraskan objektif mesyuarat seperti berikut:
memberi pendedahan kepada Ketua-ketua Institusi berkaitan isu dan cabaran yang telah, sedang dan bakal dihadapi oleh Jabatan serta membincangkan cadangan penyelesaian agar Jabatan sentiasa selari dengan perkembangan semasa;
meneliti semula program-program yang telah dan akan dilaksanakan bagi memastikan visi, misi dan objektif Jabatan dicapai dengan baik dan jayanya;
meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui perkongsian ilmu dan cetusan idea bersama serta mengatasi kerenah birokrasi; dan
memperkasa jaringan kerjasama antara Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah Penjara Negeri dan Ketua Institusi.
Pengisian MKKI Bil. 1 Tahun 2017 di IKWAS merangkumi ucapan aluan oleh YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara, laporan maklum balas oleh Setiausaha Mesyuarat dan sesi pembentangan Sektor Pengurusan, Bahagian Dasar Kepenjaraan, Unit Integriti, Bahagian Perundangan serta Sektor Keselamatan dan Koreksional. Tidak ketinggalan juga, satu sesi Perkongsian Bersama Mantan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional), YBhg. TKJP Dato? Haji Hassan bin Haji Sakimon telah diadakan pada 24 Mac 2017.
Mesyuarat pada kali ini juga melibatkan sesi taklimat daripada penceramah luar merangkumi:
(i) Transformasi Nasional 2050 oleh Encik R. Effendi Razali, Timbalan Ketua Pengarah, Cawangan Pembangunan Rakan Muda, Bahagian Belia Kebangsaan dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia;
(ii) Blue Ocean Leadership oleh Encik Azizul bin Alias, Pengarah IKWAS; dan
(iii) Impak Lawatan ICRC Terhadap Layanan Kemanusiaan Penghuni di Jabatan Penjara Malaysia oleh Mr. Romaric Ferraro, Ketua Pasukan (Penjara) ICRC.
Sesi penggulungan MKKI Bil. 1 Tahun 2017 yang dipengerusikan oleh YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara telah diadakan pada 25 Mac 2017 dan seterusnya Majlis Penutup MKKI Bil. 1 Tahun 2017 telah disempurnakan oleh beliau pada hari yang sama.
"" memberi pendedahan kepada Ketua-ketua Institusi berkaitan isu dan cabaran yang telah, sedang dan bakal dihadapi oleh Jabatan serta membincangkan cadangan penyelesaian agar Jabatan sentiasa selari dengan perkembangan semasa;