Pada 6 April 2017 (Khamis), Unit Kebajikan Penghuni, Pusat Koreksional Jasin (Sekolah Henry Gurney Jasin) telah mengajurkan Program Invensi Sosial Peringkat Kakitangan dan Penghuni bagi tahun 2017. Program Invensi Sosial pada kali ini adalah berkonsepkan ceramah berkaitan tajuk Akta Kanak-Kanak Pindaan 2016 ( Akta 1511) dan Perintah Khidmat Masyarakat yang mana telah disampaikan oleh Puan Shahrawati Binti Shahbudin, Ketua Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka. Objektif program yang diadakan ini adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran, dan rasa tanggungjawab kepada Kakitangan dan Penghuni di berkaitan intipati Akta Kanak-Kanak Pindaan 2016 (Akta 1511). Program ini telah dilancarkan oleh Yang Berusaha PP Mohd. Rothman Bin Bujang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan manakala Majlis Penutupan serta Penyampaian cenderamata kenang-kenangan telah disempurnakan Yang Setia PKP Arzaee Bin Abdullah, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka.
""