| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Zon Sarawak Tahun 2017

Pada 18 April 2017 telah diadakan Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Zon Sarawak Tahun 2017 bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri yang telah disempurnakan oleh YB. Dato? Masir anak Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri II. Majlis tersebut juga dihadiri oleh Y.Bhg KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar (Ketua Pengarah Penjara Malaysia), YBrs. Dr. Mohd Rashid bin Buyong Hamzah (Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Pembangunan Kemahiran), Yang Berhormat Haji Ahmad Lai bin Bujang (Ahli Parlimen P.218 Sibuti), Pengarah-Pengarah Bahagian, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, YBrs. Encik Mohamad bin Yaacob (Pengarah SLDN, Jabatan Pembangunan Kemahiran), TKP Ajidin bin Haji Salleh (Pengarah Penjara Negeri Sarawak), Pengarah-Pengarah Bahagian, Jabatan Pembangunan Kemahiran,Tuan Haji Saini bin Haji Maidin (wakil Pengarah Penjara Negara Brunei Darussalam), Pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak, pihak media serta ketua masyarakat di Bahagian Miri. Majlis ini telah dihadiri  seramai 350 orang yang terdiri dari tetamu jemputan, ahli keluarga penghuni, kakitangan dan anggota penjara. Susun atur majlis dimulakan dengan penyampaian Sijil Kemahiran Malaysia kepada perantis (penghuni), seterusnya disusuli dengan penyampaian Sijil Penghargaan Pelaksanaan SLDN kepada penyelaras SLDN, penyampaian Sijil Penghargaan kepada bekas penghuni yang berjaya dan juga kepada syarikat swasta. Majlis diakhiri dengan penangguhan Majlis Konvokesyen dan makan tengahari di Dewan Intrim, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri.


""