| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan April 2017 Pusat Koreksional Kamunting

Pada 03 April 2017 (Isnin) Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan April 2017. Majlis perhimpunan bermula pada jam 7.00 pagi dan perbarisan telah diketuai oleh PPP Mat Som bin Ramli. Agenda majlis diteruskan dengan pemakaian pingat jabatan dan penyampaian Sijil Penghargaan yang disempurnakan oleh PKP Ranjit Singh A/L Gurdev Singh, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting. Tuan Pengarah juga turut membacakan perutusan Sambutan Hari Penjara ke 227 Y.Bhg Dato? Sri Hj Zulkifli  Bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Majlis Perhimpunan Bulanan ini turut dihadiri oleh pelatih-pelatih PLPP yang melaksanakan pembelajaran praktikal di institusi ini. Sijil Penghargaan juga turut diberikan kepada guru agama Buddha, En Chin Chow Chong di atas komitmen beliau di institusi ini.


""