Pada 28 Mac 2017 (Selasa), Pusat Koreksional Jasin telah menerima lawatan daripada Ahli Lembaga Hakim Pelawat yang diketuai oleh YBhg Datuk Akramuddin Bin Hj Abd Aziz, Pn Kamariah Binti Mohd Ali dan En Abdullah Bin Jalil. Lawatan tersebut disambut oleh PKP Arzaee Bin Abdullah, Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan PP Mohd Rothman Bin Bujang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin. Program dimulakan dengan lawatan ke Blok Penempatan Penghuni Sekolah Henry Gurney Jasin, Bengkel Dapur, Bengkel Dobi, Bengkel Jahit dan Bengkel Kebun Sayur. Lawatan diakhiri dengan sesi penerangan berkenaan aktiviti-aktiviti pemulihan dan kemahiran yang telah berlangsung di Pusat Koreksional Jasin sepanjang tahun oleh PP Mohd Rothman Bin Bujang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin Melaka.
""