Bertempat di Padang Futsal Penjara Pusat Sibu, Sarawak pada 20.03.2017 (Isnin) telah diadakan Sambutan Hari Penjara Ke 227 Peringkat Institusi Penjara Pusat Sibu, Sarawak. Seramai 175 anggota serta kakitangan awam telah terlibat pada sambutan tersebut. Aturcara dimulakan dengan pemakaian pangkat 2 orang pegawai kanan yang telah dinaikan pangkat Ketua Inspektor serta penyampaian pingat Jabatan kepada 25 orang anggota yang telah disempurnakan oleh TKP Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Selain itu Pengarah Negeri juga turut membaca perutusan dari Komisioner Jeneral Penjara (KJP) sempena Sambutan Hari Penjara Ke 227.
""