| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara ke 227 Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor

Ahad 30 Mac 2017, telah diadakan Sambutan Hari Penjara Ke 227 bertempat di Perkarangan Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Majlis telah disempurnakan oleh PKP Mohd Shukri Bin Harun, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Majlis dimulakan dengan upacara pemakaian pingat, penyampaian Sijil Penghargaan dan pemberian ganjaran Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara (KWHPP). Pada sebelah petangnya telah diadakan aktiviti gotong-royong bagi membaiki semua kerosakan jalan yang berlubang di pintu masuk kuarters dan kawasan dalam kuaters. Selain itu juga, pihak PPA Muar dan PERSIAP telah membuat lawatan ke IJN bagi melawat anggota yang telah menjalani pembedahan jantung. Kesemua aktiviti telah berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang baik dikalangan anggota dan kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor.



""