| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja YB Dato? P.Kamalanathan a/l P.Panchanathan, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

07 Mac 2017 ? Y.B Dato? P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan, Timbalan Menteri Pelajaran telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka dan menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SPM 2016 Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney Jabatan Penjara Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia melihat usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam konteks pemulihan melalui pendidikan berkualiti telah dapat memberi sumbangan kepada penambahbaikan Sistem Pendidikan Negara yang bermatlamat untuk mencapai kualiti pendidikan terbaik di dunia. Ini juga selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pencapaian terbaik tahun ini di mana daripada 157 calon, 3 orang pelajar terbaik telah mendapat 7A, dan sekurang- kurangnya 68 orang telah mendapat 1A iaitu 43% dari jumlah calon. Manakala gred Purata Sekolah (GPS) secara keseluruhan untuk Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti bagi SPM 2016 adalah meningkat dari 5.38 kepada 6.10. Beliau merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Jabatan Penjara Malaysia, guru-guru serta pelajar-pelajar Sekolah Integriti dan Henry Gurney di atas pencapaian di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2016.


""