?Program 3 Dalam 1? Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada 16 April 2017 (Ahad), anjuran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor bertempat di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Mahkota Kluang, Johor. Program ini ialah Program Hari Bertemu Pelanggan, Program Intervensi ODP/ODS dan Program Bersama Komuniti. Tujuan program adalah memberi ruang dan peluang kepada masyarakat, keluarga ODP/ODS dan bekas banduan memahami tugas Jabatan Penjara Malaysia dan info terkini Perkhidmatan Parol dan Komuniti. Ucapan dan gimik perasmian ?Program 3 Dalam 1? ini telah dilaksanakan oleh Yang Berusaha KP Hj. Abd. Wahab bin Kassim Pengarah Penjara Negeri Johor.
Sasaran utama program ini adalah kepada ODP/ODS dan keluarga serta majikan / bekas ODP / ODS. Jemputan yang hadir adalah wakil Panglima Kem Mahkota Kluang, LT. Kol. Bambang KemKom Markas 7Briged, pegawai / anggota / kakitangan Jabatan Penjara Malaysia dan lain-lain jabatan kerajaan. Di anggarkan seramai lebih kurang 200 orang hadir ke program tersebut yang terdiri daripada 98 orang keluarga ODP/ODS, 39 anggota Parol/ PPP Kem Mahkota, 23 ODP dalam seliaan dan dari lain-lain agensi seramai 40 orang.
Di antara aktiviti program yang diadakan ialah perlawanan persahabatan bolasepak antara PPA Muar dengan PPPNJ yang diwakili oleh ODP / kakitangan penjara, Role Play Perkhidmatan Kaunter, Pameran Parol, mengisi Borang Maklumbalas Pelanggan, mengisi Borang Kaji Selidik Perkhidmatan Dan Aduan serta program ramah mesra antara keluarga ODS / ODS / kakitangan penjara. Program ini berakhir lebih kurang jam 1230 tengahari setelah selesai makan tengahari dan acara bergambar bersama Pengarah Negeri / Jemputan / Pegawai dan anggota / ODS / ODP / Keluarga ODS / ODP.
"" Sasaran utama program ini adalah kepada ODP/ODS dan keluarga serta majikan / bekas ODP / ODS. Jemputan yang hadir adalah wakil Panglima Kem Mahkota Kluang, LT. Kol. Bambang KemKom Markas 7Briged, pegawai / anggota / kakitangan Jabatan Penjara Malaysia dan lain-lain jabatan kerajaan. Di anggarkan seramai lebih kurang 200 orang hadir ke program tersebut yang terdiri daripada 98 orang keluarga ODP/ODS, 39 anggota Parol/ PPP Kem Mahkota, 23 ODP dalam seliaan dan dari lain-lain agensi seramai 40 orang.