Pada 19-20 April 2017 PPP Ke Mahkota Kluang, Johor telah mengadakan kursus pembuatan mee kuning anjuran bersama Jabatan Pertanian Daerah Kluang, Johor yang melibatkan seramai 20 ODS dan 2 anggota. Objektif kursus ini diadakan bagi mempelajari teknik penghasilan mee kuning. Perserta kursus berpeluang menghasilkan sendiri mee kuning dengan latihan praktikal serta tunjuk ajar dari pihak Jabatan Pertanian Daerah Kluang. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pn Satimah bt Salam dari Jabatan Pertanian Daerah Kluang, Johor.
""