Pada 30hb Ogos 2016 (Selasa) telah berlangsung perlawanan akhir Kejohanan Bola Tampar Penghuni bagi merebut ?Piala Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu 2016? yang berlangsung di Dataran Damai. Program ini telah bermula pada 20.08.2016 yang diwakili oleh 16 pasukan daripada blok penempatan penghuni yang melibatkan seramai 240 orang penghuni. Perlawanan akhir, dijuarai oleh pasukan daripada Blok Damai yang berjaya menewaskan pasukan Blok Ehsan dengan kemenangan 3-1. Perlawanan akhir ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PP Kalbin Hj. Mohd Said dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan ini.
""