Pada 30 Ogos 2016 (Selasa) Institusi Penjara Tawau telah mengadakan Program Merdeka Dari Dadah, bertempat di Surau Penghuni, Penjara Tawau. Tajuk program diambil adalah bersempena sambutan hari kemerdekaan ke-59. Program ini melibatkan seramai 100 orang penghuni lelaki yang melakukan kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya (ADB). Antara pengisian program ini adalah perkongsian pengalaman daripada En. Yusran Bin Suriono, bekas penagih yang juga merupakan pembimbing rakan sebaya daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Selain itu, program ini juga turut diisi dengan ceramah yang bertajuk ?Kesan Psikologi Penggunaan Dadah? yang di sampaikan oleh En. Junaide Bin Sahibu, Pegawai Psikologi Penjara Tawau. Dihujung program 2 buah lagu (muzik terapi) yang berunsurkan kesedaran bersama-sama dinyanyikankan oleh peserta. Penutup program, peserta telah sama-sama menyayikan lagu ?Tanggal 31 Ogos? bagi membangkitkan semangat merdeka dari dadah dan patriotik kepada peserta.
""