| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka

Pada 31 Ogos 2016 (Rabu) bertempat di hadapan Memorial Kemerdekaan, Bandar Hilir Melaka telah berlangsung acara perbarisan sempena Sambutan Kemerdekaan ke-59. Acara sambutan bermula dengan nyanyian lagu Kebangsaan dan menaikkan Jalur Gemilang sebaik sahaja ketibaan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Isteri Toh Puan Zarin Kassim serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron serta isteri. Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Abdul Aziz bin Mohamad.

Sebanyak 227 kontijen terlibat menjayakan perbarisan sempena Hari Kemerdekaan kali ini. Kontijen Jabatan Penjara Negeri Melaka  turut menghantar seramai 45 anggota lain-lain pangkat diketuai  oleh KIP Razrin Hamidi bin Abdul Razak. Majlis perarakkan bermula daripada Dataran Pahlawan dan berakhir di perkarangan Stadium Hang Tuah Melaka.


""