Pada 30 Ogos 2016 (Selasa), Penjara Kajang telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-59 dan Majlis Penutupan Karnival Sukan Penghuni. Program bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan, gaya hidup sihat dan menghayati erti kemerdekaan dikalangan penghuni penjara Kajang. Antara pengisian program ialah senamrobik, pertandingan tarik tali, gusti lengan, bolasepak dan nyanyian serta kibaran jalur gemilang. Majlis telah dihadiri oleh Pengarah Penjara Kajang, YBhg. TKP Dato? Narander Singh a/l Chand Singh.
""