Pada 30 Ogos 2016 (Selasa), Institusi Penjara Sandakan telah mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-59 Peringkat Kakitangan dan Penghuni Penjara Sandakan. Majlis diserikan dengan kehadiran YB Mejar (K) Datuk Shamsudin bin Yahya, ADUN N43 Sekong. Antara pengisian program ini adalah deklamasi sajak oleh Pengarah Penjara Sandakan, PKP Zulkifli bin Abd Manah bersama kakitangan. deklamasi sajak dan puisi oleh penghuni, pertandingan gusti lengan, persembahan busking oleh pegawai dan kakitangan institusi yang mendendangkan lagu-lagu patriotik. Turut diadakan acara memotong kek bagi kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Ogos dan pemasangan bendera pada kereta kakitangan keluaran Nasional. Program diakhiri dengan majlis penyerahan mesin jahit yang di sumbangkan oleh YB Mejar (K) Datuk Shamsudin bin Yahya, ADUN N43 Sekong kepada PKP Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Sandakan. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan rasa kecintaan terhadap negara.
""