Pada 25 Ogos 2016 (Khamis), Unit Kesihatan SHG Telok Mas telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan untuk Kakitangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka sempena Kempen Gaya Hidup Sihat. Program yang dikendalikan Dr Ayuwati bte Mohd Ali telah disertai seramai 6 orang kakitangan perubatan dari Pusat Kesihatan Ayer Molek dan Pusat Kesihatan Telok Mas Melaka. Antara perkhidmatan yang telah dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan dan nasihat amalan pemakanan sihat serta amalan gaya hidup sihat.
""