22 Ogos 2016, Penjara Wanita Kota Kinabalu ? Sesi perkongsian ilmu daripada Pengarah Pusat "Cure & Care" 1 Malaysia Papar, Tuan Haji Tugiman B. Kauyon telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Penjara Wanita Kota Kinabalu dengan jayanya. Objektif program ini adalah sebagai satu medium untuk pegawai yang berkhidmat di Penjara Wanita mendapat gambaran serta ilmu dalam menangani pesalah dadah. Program ini turut diisi dengan pengisian mengenai HIV dan AIDS yang disampaikan oleh pegawai perubatan institusi serta taklimat mengenai personaliti dalam mengenalpasti pendekatan untuk mengenal penghuni daripada pegawai psikologi institusi. Turut berlangsung kajian keberkesanan sistem pemulihan penjara daripada Universiti Putra malaysia yang diketuai oleh Tuan Adnan daripada jabatan penjara serta dari UPM. Responden kajian ini adalah 40 penghuni yang dipilih secara rawak dan 10 staff penjara wanita termasuk kakitangan awam.
""