Pada 30 Ogos 2016 (Selasa), bertempat di Institut Koreksional Melaka telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontijen Jabatan Penjara Malaysia Negeri Melaka. Seramai 45 anggota lain-lain pangkat daripada seluruh institusi Penjara Negeri Melaka telah menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan Kali ke-59. TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negari Melaka telah menyerahkan Bendera Malaysia kepada Ketua Kontijen Penjara Negeri Melaka, Kip Razrin Hamidi bin Abdul Razak. Acara berakhir lebih kurang jam 5.00 petang .
Aturcara diteruskan di sebelah malam bermula jam 8.30 malam bertempat di Institut Koreksional Melaka. Seramai 60 peserta terdiri daripada Ketua Institusi Penjara seluruh Negeri Melaka dan juga TKP Abdul Aziz bin Mohamad turut hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Aturcara dimulakan dengan Ucapan Aluan daripada Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Abdul Aziz bin Mohamad. Aturcara diteruskan dengan acara makan malam dan Program Ramah mesra.
"" Aturcara diteruskan di sebelah malam bermula jam 8.30 malam bertempat di Institut Koreksional Melaka. Seramai 60 peserta terdiri daripada Ketua Institusi Penjara seluruh Negeri Melaka dan juga TKP Abdul Aziz bin Mohamad turut hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Aturcara dimulakan dengan Ucapan Aluan daripada Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Abdul Aziz bin Mohamad. Aturcara diteruskan dengan acara makan malam dan Program Ramah mesra.