Pada 13 hingga 26 Ogos 2016 telah berlangsungnya Konvoi Bermotorsikal Jelajah Asia 2016 Endurance Ride ke 1000 Corners, Mae Hong Son dan juga Golden Triangle, Utara Thailand, Laos dan juga Myanmar. Anjuran oleh Malaysian Prison Bikers bersama Kelab Penunggang Kapcai Penjara Bentong, Pahang disertai oleh seramai 6 orang peserta dan diketuai oleh IP Noorshahrizan bin Johar dari Bahagian Dasar Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Peserta konvoi yang terlibat ialah Kpl Muhammad Yusof bin Supardy (Medic), Kpl Azrul bin Azni (Mekanik) dan WP Abdul Salam bin Ahmad Shahar (Jurugambar) dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Kpl Zamzuri bin Mat Yazid (Pen. Ketua Konvoi), WP Mohd Ariff bin Mohamed Ariffin (Ustaz) dari Penjara Bentong, Pahang.
Konvoi ini melibatkan laluan berselekoh tajam (1864 selekoh di Mae Hong Son) dan (764 selekoh di Pai) dengan hanya menunggang motorsikal berkuasa rendah (kapcai) dengan jumlah keseluruhan perjalanan sejauh 6000 km pergi dan balik yang pastinya menguji tahap kecekapan, mental, fizikal peserta dan juga jentera tunggangan. Konvoi ini adalah sebahagian daripada aktiviti dan juga latihan terhadap para peserta disamping membawa nama Jabatan Penjara Malaysia ke negara luar. Konvoi ini turut mendapat sokongan dari YBhg KJP Dato? Sri Hj Zulkifli bin Omar, YBhg KP Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan dan juga TKP Roslan bin Mohamad, Ketua Seksyen Hal Ehwal Staff.
Pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh YBhg TKP Dato? Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Ibu Pejabat Penjara Malaysia, merangkap Penasihat kepada Kelab Penunggang Kapcai Penjara Bentong, Pahang. Konvoi ini telah berjaya mencapai misi dengan jayanya tanpa sebarang masalah dan kejadian-kejadian yang tidak diingini.
"" Konvoi ini melibatkan laluan berselekoh tajam (1864 selekoh di Mae Hong Son) dan (764 selekoh di Pai) dengan hanya menunggang motorsikal berkuasa rendah (kapcai) dengan jumlah keseluruhan perjalanan sejauh 6000 km pergi dan balik yang pastinya menguji tahap kecekapan, mental, fizikal peserta dan juga jentera tunggangan. Konvoi ini adalah sebahagian daripada aktiviti dan juga latihan terhadap para peserta disamping membawa nama Jabatan Penjara Malaysia ke negara luar. Konvoi ini turut mendapat sokongan dari YBhg KJP Dato? Sri Hj Zulkifli bin Omar, YBhg KP Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan dan juga TKP Roslan bin Mohamad, Ketua Seksyen Hal Ehwal Staff.
Pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh YBhg TKP Dato? Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Ibu Pejabat Penjara Malaysia, merangkap Penasihat kepada Kelab Penunggang Kapcai Penjara Bentong, Pahang. Konvoi ini telah berjaya mencapai misi dengan jayanya tanpa sebarang masalah dan kejadian-kejadian yang tidak diingini.