Pada 3 September 2016 (Sabtu), bertempat di Rumah Perantaraan Negeri Pulau Pinang telah diadakan Majlis Sepetang Bersama YBhg. TKJP Dato? Haji Hassan Bin Sakimon, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) dan YBhg. TKP Dato? Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti IPPM bersama 44 ODP dan bekas ODP Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama adalah PKK Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang dan PP Shirley A/K Jungot, Timbalan Pengarah Negeri Pulau Pinang serta 25 pegawai dan anggota Parol Negeri Pulau Pinang. Majlis ini dianjurkan oleh Pejabat Pengarah Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Seberang Perai Selatan. Seramai 44 ODP dan bekas ODP hadir untuk mendengar ceramah motivasi yang diberikan oleh YBhg. TKJP Dato? Haji Hassan Bin Sakimon dan YBhg. TKP Dato? Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak mengenai Sistem Parol dan juga mengingati ODP dan bekas ODP supaya tidak lagi melakukan kesalahan yang lalu serta Pelanggaran Perintah Parol.
""