Pada 30 Ogos 2016 (Selasa) bertempat di Dataran Jubli Emas, Limbang telah berlangsung pertandingan perbarisan sambutan Kemerdekaan ke-59. Sebanyak 24 kontijen daripada agensi-agensi kerajaan di Daerah Limbang terlibat dalam menjayakan perbarisan sempena Hari Kemerdekaan kali ini. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB.Haji Hasbi Bin Habibollah, Ahli Parlimen P221 Limbang. Kontijen Penjara Limbang turut menghantar seramai 17 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh IP Rusdy Bin Sidup. Dalam pertandingan perbarisan tersebut, Penjara Limbang telah menjadi Johan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan ke-59 Peringkat Daerah Limbang bagi tahun 2016 dan membawa pulang hadiah berupa sebuah piala beserta wang tunai sebanyak RM1,000.00. Syabas dan tahniah diucapkan kepada anggota yang telah mewakili Penjara Limbang dan diharap agar terus mengekalkan kejayaan pada masa-masa akan datang.