Pada 06 September 2016 (Selasa), Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan telah menerima lawatan kerja dan tinjauan oleh YBhg Dato? Sri Abdul Rahim Bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia. Lawatan turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Mejar Jeneral Dato? Hasagaya Bin Abdullah, Panglima Markas 3 Division Angkatan Tentera Malaysia, YBhg Dato? Zaiton Binti Johari, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pertahanan Malaysia. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat pengurusan oleh Penolong Kanan Komisioner Sazali Bin Ismail, Timbalan Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Ibu Pejabat Penjara Malaysia serta lawatan ke tapak agrikultur dan akuakultur seperti tapak penternakan ikan keli, ladang ternakan ayam kampung dan ladang nanas.
""