| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program "Ekspresi Kesenian Dan Kebudayaan Sekolah Integriti Dan Sekolah Henry Gurney 2016"

Rabu 7 September 2016 (Rabu),  Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Microsoft Malaysia telah menganjurkan ?Program Ekspresi Kesenian dan Kebudayaan Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney 2016?. Program ini diadakan di Panggung Seri Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka dan telah disempurnakan oleh YBhg. TKJP Dato? Haji Hassan Bin Sakimon,  Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional).

Program ini turut melibatkan penyertaan seramai 400 pelajar dari 10 buah sekolah-sekolah di Negeri Melaka yang telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.  Dalam majlis yang sama, pada sesi awal telah diadakan  Forum Pencegahan Jenayah bertajuk ?Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati?. Diantara pengisian program Ekspresi dan Kebudayaan ialah persembahan teater, persembahan puisi, tarimuzikal, persembahan ?busking? dan nyanyian lagu patriotik.
""