Pada 28 Ogos 2016 (Ahad), 9.00 pagi telah berlangsungnya Program Pendidikan dan Pencegahan Ride to Cinema anjuran oleh BKF KDN Negeri Perak bertempat di Kompleks BKF KDN Negeri Perak dan juga GSC Ipoh Parade. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran orang ramai tentang pentingnya untuk menonton filem filem yang layak dan ditonton bagi mengelakkan anasir negatif dalam masyarakat.
Malaysian Prison Bikers (Perak) telah menerima jemputan untuk turut serta di dalam program tersebut. Presiden Malaysian Bikers iaitu TKP Shukri bin Saad turut sama hadir ke program tersebut. Turut dijemput adalah konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Taiping Riders Group (TRG), Perak Bikers 08 (PB08), Trg Bikers, RELA, APM dan Staff KDN Negeri Perak.
TKP Shukri bin Saad dan PP Hj Turedy bin Abdullah telah bersama-sama Pengarah KDN Perak En Mohd Naim bin Hj Hashim merasmikan dan melepaskan konvoi bermotosikal yang disertai lebih kurang 60 buah motosikal berkuasa tinggi dari Perkarangan Kompleks KDN Meru, Ipoh Perak ke Pawagam GSC di Ipoh Parade yang jaraknya lebih kurang 20 km dengan dibantu oleh skuad RELA dan TRG sebagai Marshal. Selain itu pihak BKF juga mengadakan pameran di ruang legar panggung GSC Ipoh. Program berakhir selepas penyampaian sijil Penghargaan kepada kelab kelab dan agensi yang terlibat.
"" Malaysian Prison Bikers (Perak) telah menerima jemputan untuk turut serta di dalam program tersebut. Presiden Malaysian Bikers iaitu TKP Shukri bin Saad turut sama hadir ke program tersebut. Turut dijemput adalah konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Taiping Riders Group (TRG), Perak Bikers 08 (PB08), Trg Bikers, RELA, APM dan Staff KDN Negeri Perak.