Pada 11 September 2016 (Ahad) bersamaan 9 Zulhijah 1437H, Program World#QuranHour peringkat penghuni bersama kakitangan telah diadakan di Penjara Alor Setar, Kedah. Seramai 40 orang pegawai dan 30 penghuni terlibat bagi menjayakan program ini. Objektifnya adalah bertujuan untuk mengimarahkan dan mengajak orang Islam mendekati, membaca, faham, hayati dan mengamalkan segala panduan yang ada di dalam al-Quran. Program ini juga dapat menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai satu kebiasaan sehingga ia menjadi satu gaya hidup seorang muslim bagi menjadikan dirinya manusia yang berakhlak di mana jua.
""