| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tugas Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia

Pada 5 September 2016 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Persidangan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah diadakan Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan dan Pengarah Pembangunan Profesionalisme.

Majlis telah dimulakan dengan penyerahan surat pemangkuan Gred Utama JUSA C oleh YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara kepada Komisioner Tuan Haji Nordin bin Haji Muhamad. Majlis diteruskan dengan penyerahan dan penerimaan tugas oleh Timbalan Komisioner YBhg. Dato' Sakeri bin Haji Dollah, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Vokasional dan Industri) kepada Komisioner Tuan Haji Nordin bin Haji Muhamad, Pengarah Pengurusan Banduan yang baharu.

Seterusnya majlis penyerahkan dan penerimaan tugas oleh Komisioner Tuan Haji Nordin bin Haji Muhamad kepada Timbalan Komisioner Roslan bin Haji Mohamed, Timbalan Pengarah Pembangunan Profesionalisme (Hal Ehwal Staf) yang menanggung kerja selaku Pengarah Pembangunan Profesionalisme.

YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar telah menjadi saksi bagi kedua-dua acara serah terima tugas tersebut. Majlis telah berjalan dengan lancar dihadiri oleh Pengarah-Pengarah dan Timbalan Pengarah Bahagian. Seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Komisioner Tuan Haji Nordin bin Haji Muhamad atas kenaikan pangkat tersebut.


""