Pada 17 ? 18 September 2016, Pusat Koreksional Labuan telah menerima lawatan daripada Penjara Jerudong Brunei Darussalam. Pada lawatan tersebut turut diadakan Program berbasikal mengelilingi Pulau Labuan. Rombongan ini diketuai oleh Penguasa Penjara Awang Aliakbar Bin Haji Ludin, Pegawai Memerintah Penjara Jerudong bersama 12 pegawai daripada penjara tersebut. Program kayuhan basikal yang bermula pada jam 6.30 pagi daripada Homestay Isro WP Labuan dan berakhir di Pusat Koreksional Labuan. Lawatan dan program berbasikal turut diserikan dengan kehadiran Penolong Komisioner Penjara Fathi Bin Mursidi Pengarah Pusat Koreksional Labuan. Matlamat utama lawatan ini adalah untuk mengeratkkan lagi tali silaturahim kedua-dua jabatan dari dua (2) buah negara.
""