Pada 6-11 September 2016, Jabatan Penjara Malaysia telah menerima kunjungan seramai 3 orang Pegawai Kanan dari Fiji Corrections Service. Lawatan rasmi ini diketuai oleh Commisioner of Fiji Corrections Service iaitu Commander Francis Bulewa Kean bersama 2 orang Pegawai Kanan. Tujuan lawatan ialah untuk berbincang dan berkongsi pandangan dalam hal-ehwal pengurusan kepenjaraan di antara kedua buah negara di samping mempelajari BEST PRACTICES dari Jabatan Penjara Malaysia. Delegasi turut dibawa melawat Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Maktab Penjara Malaysia, Sekolah Henry Gurney Melaka dan Muzium Penjara Melaka.
""